Sejarah Penubuhan Malayan Union
Von: Uqbah IqbalMalayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan hanya bertahan selama dua tahun iaitu dari tahun 1946 sehingga 1948. Ia telah mendapat pelbagai reaksi sebelum dan selepas penubuhannya, tentangan ini terdiri daripada pelbagai pihak khususnya orang Melayu, orang bukan Melayu dan juga dari luar negeri. Hal ini demikian kerana dasar-dasar baru dalam pentadbiran British dilihat mampu memberi impak negatif kepada masyarakat Melayu. Penentangan ini dapat dilihat daripada setiap negeri di Tanah Melayu pada masa itu. Apakah yang menyebabkan orang Melayu menentang hebat perlaksanaan Malayan Union? Siapakah golongan-golongan yang menentang Malayan Union? Kajian ini akan mengupas dengan lebih lanjut akan sejarah perkembangan Malayan Union di Tanah Melayu, seterusnya mengenai reaksi terhadap penubuhan Malayan Union dari kalangan masyarakat orang Melayu, orang bukan Melayu iaitu terdiri daripada orang Cina dan juga daripada orang luar negeri yang merupakan bekas-bekas pegawai British di Tanah Melayu.
und in vielen anderen eBook-Shops