Cover

Sejarah Penubuhan Malayan Union

1.0 Pengenalan

 

Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946 dan hanya bertahan selama dua tahun  iaitu dari tahun 1946 sehingga 1948. Ia telah mendapat pelbagai reaksi sebelum dan selepas penubuhannya, tentangan ini adalah daripada pelbagai pihak khususnya orang Melayu, orang bukan Melayu dan juga dari luar negeri. Hal ini demikian kerana dasar-dasar baru dalam pentadbiran British dilihat mampu memberi impak negatif kepada masyarakat Melayu. Penentangan ini dapat dilihat daripada setiap negeri di Tanah Melayu pada masa itu. Apakah yang menyebabkan orang Melayu menentang hebat perlaksanaan Malayan Union? Siapakah golongan-golongan yang menentang Malayan Union? Kajian ini akan mengupas dengan lebih lanjut akan sejarah perkembangan Malayan Union di Tanah Melayu, seterusnya mengenai reaksi terhadap penubuhan Malayan Union dari kalangan masyarakat orang Melayu, orang bukan Melayu terutama orang Cina dan juga daripada orang luar negeri yang merupakan bekas-bekas pegawai British di Tanah Melayu.

 

2.0 Sejarah Penubuhan Malayan Union

 

Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 di King House. Malayan Union telah dirangka Kerajaan Parti Buruh (Labour Party) sejak tahun 1943 oleh pejabat perang ,Pejabat India dan pejabat Tanah Jajahan British bertujuan untuk melicinkan dan mencantumkan pentadbiran-pentadbiran Melayu bagi menyediakan kerajaan sendiri Tanah Melayu (Ramlah Adam,1998: 1). Bukan itu sahaja, dikatakan penubuhan Malayan Union bertujuan untuk penguasaan kuasa besar asing yang lain berikutan kepentingan ekonomi seperti getah di Tanah Melayu. Oleh itu, perlunya British menguasai Tanah Melayu. Gagasan Malayan Union telah diumumkan di parlimen British pada 10 oktober 1945, ia adalah sebuah gagasan yang penuh kontroversial dan diselebungi rahsia.


     Rancangan Malayan Union telah diumumkan oleh George Hall, Setiausaha Tanah

Impressum

Verlag: BookRix GmbH & Co. KG

Tag der Veröffentlichung: 14.08.2015
ISBN: 978-3-7396-0949-2

Alle Rechte vorbehalten

Nächste Seite
Seite 1 /