Asal Usul Kampung Bombong Tiga dan Perkembangan Teknologi Penanaman Getah di Kampung Bombong Tiga
Pengenalan
Kajian ini berkaitan dengan asal-usul Kampung Bombong Tiga dan perkembangan teknologi penanaman getah terhadap keperluan kehidupan harian penduduk Kampung Bombong Tiga. Jangka masa tempoh yang akan dikaji adalah dari tahun 1971 hingga 2000. Melalui pemerihatian pengkaji, perkembangan teknologi penanaman getah telah memberikan impak positif kepada kehidupan penduduk Kampung Bombong Tiga. Walaupun susah dalam bekerja, namun penduduk mempunyai ekonomi yang baik untuk menyara hidup mereka.
Permasalahan Kajian
Sebelum kajian ini dilaksanakan, terdapat beberapa persoalan atau permasalahan yang cuba dirungkaikan oleh pengkaji di dalam kajian ini. Persoalan yang pertama ialah impak perkembangan teknologi terhadap aktiviti penanaman getah di Kampung Bombong Tiga. Hal ini dapat dibuktikan melalui keberkesanan dalam perubahan kehidupan masyarakat di Kampung Bombong Tiga. Selain itu terdapat juga persoalan yang dibangkitkan dengan peningkatan taraf hidup penduduk Kampung Bombong Tiga. Hal ini dapat dibuktikan apabila ramai penduduk kampung yang bijak mengurus kehidupan sendiri dengan lebih baik seperti mengamalkan pertanian moden. Di samping itu permasalahan seperti penerimaan masyarakat terhadap perkembangan teknologi baharu di dalam penanaman getah. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat penduduk kampung yang melaksanakan penanaman getah secara moden. Persoalan yang seterusnya ialah perkembangan teknologi telah mendorong kepada peningkatan pendapatan penduduk. Hal ini dapat dibuktikan apabila ramai penduduk kampung yang mengalami perubahan taraf hidup ke arah yang lebih baik.
Objektif Kajian
Bagi menjawab persoalan yang timbul, pengkaji melakukan kajian dalam tiga bentuk pelan tindakan, iaitu:
i) Perkembangan teknologi memberi
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 27.04.2016
ISBN: 978-3-7396-5096-8
Alle Rechte vorbehalten