Cover

Sejarah Ringkas Makam Bendahara Abd. Majid Tun Habab (Habib), Padang Saujana Hohor, di Kota Tinggi, Johor (Oleh Shaharom Husain)

Bendahara-bendahara Empayar Melayu Hindu Singapura dan Empayar-empayar Melayu Islam Melaka dan Johor adalah dari asal-usul yang sama. Bendahara pertama Singapura adalah Raja Kecil Muda yang bernama Tun Perpateh Permula Berjajar I. Keturunan Raja Kecil Muda menjadi Bendahara-bendahara sehingga tempoh Empayar-empayar Melayu Islam Melaka dan Johor.

 

Hanya selepas kematian Tun Jenal (Bendahara Paduka Raja ke-4) yang merupakan Bendahara ke-16 Empayar Johor, tiada sebarang maklumat sama ada anak atau keturunan Bendahara Jenal menggantikan beliau untuk menjadi Bendahara. “Sejarah Melayu” tidak menyebut dengan jelas nama-nama Bendahara sesudah beliau. Ia hanya menyebut nama tiga Bendahara, seorang daripadanya iala Bendahara Sekudai.

 

Mengikut “Sejarah Melayu”, salah seorang anak perempuan Bendahara Tun Anum (Bendahara ke-15 Johor) bernama Tun Puteh telah berkahwin dengan Tun Ahmad, anak Bendahara Sekudai. Perkahwinan ini membawa hubungan antara Bendahara Seri Maharaja Tun Anum, Bendahara Tun Jenal dan Bendahara Sekudai. Kemudiannya, Bendahara Sekudai menggantikan Bendahara Paduka Raja, Tun Jenal (Bendahara ke-16 Johor) sebagai Bendahara ke-17 Johor.

 

Salah seorang berketurunan Tun Hassan Temenggong (Anak kepada Seri Maharaja I yang telah dibunuh oleh Sultan Mahmud dari Melaka), telah memegang jawatan Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Tun Mamat. Ada kemungkinan bahawa dia berjaya menggantikan Bendahara Sekudai dan kemudian menjadi Bendahara ke-18 Johor semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah I dan Sultan Mahmud Shah II (Marhum Mangkat Dijulang). Selepas kematian Bendahara Paduka Raja Tun Mamat,

Impressum

Verlag: BookRix GmbH & Co. KG

Tag der Veröffentlichung: 22.08.2015
ISBN: 978-3-7396-1034-4

Alle Rechte vorbehalten

Nächste Seite
Seite 1 /