Cover

Penulisan Mengenai Shaharom Husain Dalam Akhbar Berita Harian (1959-1991)

Menurut Djamal Tukimin, penulis sambilan tidak lengkap membicarakan mengenai sejarah drama moden Melayu tanpa memperkatakan karya-karya Shaharom Husain. Shaharom Husain merupakan seorang penulis novel, drama dan biografi yang dilahirkan pada 4 November 1919 di Batu Pahat, Johor dan terkenal di Singapura dan Malaysia untuk novel sejarah dan drama beliau. Beliau juga merupakan ahli sejarah yang paling terkenal di Johor dan Tokoh Guru Negara pada tahun 1984 (Anugerah tertinggi bagi pendidik / guru), pernah merancang untuk menjadikan rumahnya sebagai muzium kerana tidak mahu sejarah hanya menjadi sejarah.

 

Berita Harian pada 14 Januari 1959 menyatakan Shaharom Husain, seorang pensyarah Bahasa Melayu di Maktab Perguruan TTC Muar akan bertukar ke Maktab TTC Johor Bahru mulai 15 Januari 1959 sebagai pensyarah. Berita Harian pada 27 April 1960 dan 13 November 1960 mempromosi karya Tun Fatimah yang ditulis Shaharom Husain. Berita Harian pada 2 Ogos 1961 mempromosi karya Shaharom Husain yang bertajuk Tun Seri Lanang. Berita Harian pada 8 Ogos 1961 mempromosi karya Shaharom Husain yang bertajuk Tongkat Kerajaan Melayu Johor.

 

Pada 23 Oktober 1961, Shaharom Husain selaku Pensyarah Pusat Latihan Guru Johor Bahru menyatakan lahirnya rancangan Melayu Raya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman akan membuktikan bahawa sejarah tidak pernah bohong bahkan sentiasa berulang. Dan di satu masa kelak mungkin bukan sahaja Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah bahkan Indonesia akan termasuk dalam Melayu Raya. Beliau menegaskan bahawa dalam sejarah ada tercatat mengenai kerajaan negeri Bugis pernah bekerjasama dengan kerajaan Melayu Johor dalam bidang politik selama lebih dua abad. Sebagai bukti beliau telah menunjukkan buku sejarah hasil penyelidikannya beberapa tahun yang berjudul Tunggak Kerajaan Melayu Johor.

 

Berita Harian pada 23 November 1961 mempromosi tiga karya Shaharom Husain iaitu Tun Seri Lanang,

Impressum

Verlag: BookRix GmbH & Co. KG

Tag der Veröffentlichung: 15.08.2015
ISBN: 978-3-7396-0958-4

Alle Rechte vorbehalten

Nächste Seite
Seite 1 /