Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, kepentingan negara ini adalah dalam bentuk sumber semula jadi seperti getah dan bijih timah, kedudukannya yang strategik di rantau ini dan juga bekalan buruh yang murah untuk kepentingan industri-industri utama. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia memilih untuk mempelbagaikan ekonominya, dan sejak itu mencapai kedudukan global dalam sektor petrokimia, teknologi dan perkilangan (Shakila Yacob, 2008). Sejak tahun 1967, Jepun telah menggantikan Singapura sebagai rakan dagang utama Malaysia. Bermula tahun 1969, Jepun menjadi pembekal utama barangan ke Malaysia dan pada tahun 1976, Jepun menggantikan Singapura sebagai pembeli utama produk Malaysia (Fail Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) No. 8000/30 JLD. II). Kepentingan Jepun terhadap pembangunan ekonomi Malaysia diterjemahkan melalui Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982, hasil pemikiran Pandang Ke Timur yang telah lama berjalan sebelumnya. Pada tahun 2012, Jepun kekal sebagai antara rakan dagang Malaysia terbesar di Asia Timur iaitu yang kedua selepas China dan ketiga di dunia dengan jumlah perdagangan bernilai RM145.32 bilion. Antara tahun 1980 hingga 2012, Jepun adalah pelabur asing terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM68.2 bilion yang mewujudkan lebih 300,000 peluang pekerjaan (Utusan Malaysia, 26 Julai 2013).
Mahathir bin Mohamad dalam tulisan The Malay Dilemma (1981) dan Sivamurugan Pandian dalam tulisan The Malay Dilemma - Pemikiran Awal Tun Dr. Mahathir Mohamad (2006) mengupas permasalahan orang Melayu dari kaca mata
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 16.05.2015
ISBN: 978-3-7368-9499-0
Alle Rechte vorbehalten