Kajian ini mendapati bahawa penerapan nilai-nilai Jepun terhadap masyarakat Melayu sebelum perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur dan selepasnya tetap tidak berjaya menjadikan masyarakat Melayu menyerupai masyarakat Jepun pada hari ini dari aspek kehidupan, pemikiran dan cara bekerja. Dari aspek sosio-ekonomi, memang diakui taraf hidup masyarakat Melayu pada tahun 2014 adalah jauh lebih baik daripada semasa mereka berada di bawah pendudukan British dan Jepun, namun ianya tetap jauh ketinggalan berbanding penguasaan ekonomi Malaysia sebanyak 60 peratus oleh bangsa-bangsa lain. Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru juga dilihat gagal apabila sehingga kini, orang Melayu masih tidak menguasai 30 peratus ekonomi negara.
Jika dilihat, berbeza dengan sejarah Jepun yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara, hampir 446 tahun bangsa Melayu berada di bawah penjajahan. Ini menyebabkan pembentukan jati diri bangsa Melayu haruslah dipertingkatkan dulu bagi membuang segala sifat-sifat negatif yang telah sebati dengan mereka akibat penjajahan sekian lama. Malangnya setelah 51 tahun orang Melayu bersatu di bawah pentadbiran Barisan Nasional, negara kita dilihat kembali semula kepada era kemerosotan kerajaan Melaka pada masa kini. Ia bermula daripada tsunami politik pada pilihanraya umum tahun 2008. Barisan Nasional menerima tamparan hebat ketika itu dengan kehilangan lima buah negeri kepada pembangkang dan kehilangan majoriti 2/3 undi buat pertama kalinya. Langkah Dato’ Seri Najib Razak yang telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 16 September 2011 dan Akta Hasutan 1948 pada 11 Julai 2012, telah memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan sama ada melalui pemikiran atau tindakan mereka dengan lebih terbuka, seterusnya menyumbang
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 01.01.2015
ISBN: 978-3-7368-6796-3
Alle Rechte vorbehalten