SEJARAH PERKEMBANGAN NASIONALISME MELAYU SEBELUM KEMERDEKAAN
THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE MALAY NATIONALISM
BEFORE INDEPENDENCE
UQBAH IQBAL1, NORDIN HUSSIN2, AHMAD ALI SEMAN3
1*UQBAH IQBAL
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM 43650 Bangi Selangor
Email: uqbah@siswa.ukm.edu.my
2NORDIN HUSSIN
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM 43650 Bangi Selangor
Email: nordin@ukm.my
3AHMAD ALI SEMAN
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM 43650 Bangi Selangor
Email: aasw@ukm.my
*Corresponding Author
ABSTRAK
Kajian ini akan menganalisis sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dalam menentang kuasa-kuasa Barat, khususnya British di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Kajian ini akan dimulakan dengan merungkai terlebih dahulu sejarah awal perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa Barat, iaitu Portugis, Belanda dan British ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Bumi Emas dan Semenanjung Emas oleh bangsa asing. Tanah Melayu telah dijajah selama lebih 400 tahun sejak penjajahan Portugis pada 1511. Apabila British menguasai Tanah Melayu, kemasukan pemikiran pro-Barat mereka telah mewujudkan konflik dengan masyarakat Melayu. Kajian ini akan memfokus kepada pensejarahan masyarakat Melayu bagi melihat sejarah perkembangan nasionalisme Melayu dan pihak-pihak yang terlibat dalam penentangan terhadap British. Selepas negara berjaya mencapai kemerdekaan, perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982 dilihat menamatkan konflik berterusan antara pemikiran Pro-Barat yang dibawa penjajah dan semangat nasionalisme Melayu, dengan model Jepun yang mewakili model Timur telah menggantikan model Barat yang sekian lama mendominasi kehidupan masyarakat Melayu seawal penguasaan Portugis di Melaka pada tahun 1511.
Kata Kunci: British, Masyarakat Melayu, Nasionalisme, Pemikiran Pro-Barat, Tanah Melayu
ABSTRACT
This study will analyze the historical development of Malay nationalism against Western powers, particularly the British in Malaya before independence in 1957. The method used in this study is based on the method of observation of the resources available at the library and the National Archives of Malaysia. This study will begin with the dismantling of the prior history of Malaya’s early economic development. The arrival of the Western powers, namely the Portuguese, Dutch and British to Malaya was due to the economic importance of Malaya, which is also known as the Land of Gold and Gold Peninsular by foreign races. Malaya was colonized for more than 400 years since the Portuguese colonization in 1511. When the British controlled Malaya, the inclusion of their pro-Western idea has created conflict with the Malay community. This study will focus on the historiography of the Malay community to look at the historical development of Malay nationalism and the parties involved in the resistance against the British. After the country gained independence, the implementation of the Look East Policy by Tun Dr. Mahathir Mohamad in 1982 is seen to end the continuous conflict between pro-Western idea that been brought by the colonists and the Malay nationalism spirit, with the Japanese model representing the East model has replaced the long-standing Western models that dominate the lives of the Malays as far back as the Portuguese domination of Malacca in 1511.
Keywords: British, Malaya, Malay Community, Nationalism, Pro-Western Idea
Perkataan nasionalisme berasal daripada perkataan Latin iaitu nation yang berasal dari perkataan natu yang memberi erti birth atau born (lahir). Ia juga membawa makna sekelompok manusia yang berasal dari keturunan atau rumpun yang sama. Nation atau bangsa juga biasanya disebut sebagai manusia yang hidup dalam negerinya sendiri. Justeru, boleh dikatakan bahawa nation adalah satu kumpulan besar manusia yang terbentuk di dalam satu wilayah khusus, bercakap dalam satu bahasa dan biasanya mempunyai sifat-sifat politik atau ilham untuk berpolitik (Zubir, 2013). Istilah nation, nationality dan nationalism, menurut Robert I. Rotberg (1965) adalah kancah penyalahgunaan, yang telah digunakan untuk menggambarkan pelbagai jenis keadaan, kedudukan manusia dan corak-corak pemikirannya (Azmi, 1999). Penyataan ini adalah tepat untuk memberikan suatu gambaran terhadap nasionalisme iaitu suatu gejala sejarah yang sering difahami dan diterangkan dengan cara yang berbeza-beza oleh ramai ahli sejarah dan para pengkaji nasionalisme seperti Benedict Anderson (1991), Hans Kohn (1967), Elie Kedourie (1966), Anthony D. Smith (1971 & 1986), Elfiondri (2004), Louis L. Snyder (1964), R. Suntharalingam & Abdul Rahman Hj. Ismail (1985) dan Roeslan Abdulgani (1975).
Benedict Anderson dalam karya pentingnya, Imagined Communities, mengetengahkan teori bahawa nasionalisme dicetuskan oleh apa yang disebutnya sebagai print-capitalism, yang membawa erti tersebarnya budaya percetakan dalam skala yang meluas. Jika dilihat di Tanah Melayu, kemunculan nasionalisme boleh dikaitkan dengan peranan komoditi cetak. Namun dari segi isi dan bentuknya, nasionalisme yang muncul adalah tidak terlepas dari soal ‘bangsa’ itu sendiri. Pendekatan Anthony D. Smith (1971 & 1986) yang memberi fokus kepada soal etnisiti boleh digunakan untuk menerangkan gejala nasionalisme yang tumbuh dalam masyarakat multietnik di Tanah Melayu yang multietnik.
Kajian tentang nasionalisme dan perjuangan orang Melayu telah banyak dilakukan. Bermula dengan tulisan ringkas oleh penulis seperti G. Maxwell (1941), Virginia Thompson (1943) dan K. P. Landon (1943) pada awal tahun 1940-an, kajian yang lebih mendalam dilakukan oleh T. H. Silcock dan Ungku Abdul Aziz (1953), Radin Soenarno (1960) dan Ishak Tadin (1960). Berasaskan kajian awal seperti yang dilakukan oleh Radin Soenarno dan dengan menggunakan akhbar Melayu sebelum pendudukan Jepun seperti yang dilakukan oleh Nik Ahmad Haji Nik Hassan (1963), W. R. Roff menerbitkan bukunya, The Origins of Malay Nationalism pada 1967. Pengaruh
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 13.11.2014
ISBN: 978-3-7368-5561-8
Alle Rechte vorbehalten