ABSTRAK
Kajian ini akan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sektor-sektor yang menjadi tumpuan kajian ialah sektor makanan, pengangkutan, pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah, bauksit, bijih besi dan arang batu. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Ini kerana British sebelumnya telah menjalankan Dasar Bumi Hangus. Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh Tentera Bersekutu. Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun ke arah pemusatan kuasa dan perancangan ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Namun tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu runtuh. Dapat dilihat tiada peluang diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu dalam Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya kerana polisi asasnya adalah mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun dan koloni tetap bagi dieksploitasi oleh pendatang Jepun. Akibatnya tentera Jepun setelah menumbangkan kuasa-kuasa Barat yang bertapak terlebih dahulu, dengan kelakuan kejam mereka ini menyebabkan penduduk tempatan tidak mungkin menerima konsep Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Ini bererti menukarkan satu bentuk penjajahan dengan satu bentuk yang lain. Eksploitasi kejam penjajahan Jepun juga mengkhianati semua propaganda dan janji-janji manis mereka mengenai Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang bersifat anti kolonialisme Barat.
Kata Kunci : Ekonomi, Jepun, Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya, Perang Dunia Kedua, Semenanjung Tanah Melayu
ABSTRACT
This study will analyze Japan's economic policies in Malaya during the Second World War. The study will focus on Malaya due to the formation of its economy as the backbone to the Malaysia’s economic development. The study will focus on the food, transportation, manufacturing, rubber, other commercial crops, timber, tin, bauxite, iron ore and coal sectors. During the Japanese occupation, the economic situation in Malaya is not growing. This is because of the British Scorched Earth Policy. The war also did not encourage the occurrence of any Japanese investment in Malaya. Japan has not been able to carry on the business activities, whether inside or outside Malay as they have been barred by the Allied Forces. Overall, Japan's tendencies towards centralization of power and the government's economic planning are to achieve The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere. But without access to overseas markets, the Malaya’s economic collapse. There is no opportunity given to Malaya in The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere as the policy is essentially to maintain the Malaya as a colony of Japan and a fixed colony to be exploited by Japanese immigrants. As the result, the Japanese after overthrowing the Western powers who came first, with their cruel behavior causes the locals not to accept the concept of The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere. This same as changing one form of colonialism with a new one. Japan's brutal colonial exploitation also betrays all propaganda and promises about the anti-colonialism in The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere.
Keywords: Economics, Japan, Malaysia, Second World War, The Greater East Asian Co-Prosperity Sphere
Kajian ini akan melihat dan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sektor-sektor yang menjadi tumpuan kajian ialah sektor makanan, pengangkutan, pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah, bauksit, bijih besi dan arang batu. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan arkib negara. Sumber-sumber tersebut akan dikumpul dan dipilih dari awal tahun kajian ini iaitu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945, iaitu bersesuaian dengan tempoh kajian ini. Objektif kajian ialah melihat dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu dalam sektor makanan, pengangkutan, pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah, bauksit, bijih besi dan arang batu.
Mengenai dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, ia ada disentuh oleh beberapa orang pengkaji di dalam penulisan mereka. Antara kajian yang dilihat penting ialah Awang Jaya dalam tesis Kelantan Di Bawah Pemerintahan Jepun (1941-1943) dan Thai (1943-1945), Ghazali bin Mayudi dalam tesis Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, Paul H. Kratoska dalam buku
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 02.11.2014
ISBN: 978-3-7368-5258-7
Alle Rechte vorbehalten