SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN SIFAT EKONOMI MASYARAKAT MELAYU ERA PRA- KOLONIAL
THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE MALAY PENINSULA ECONOMIC AND MALAY SOCIETY ECONOMIC NATURE PRE-COLONIAL ERA
UQBAH IQBAL*, NORDIN HUSSIN, AHMAD ALI SEMAN
*UQBAH IQBAL
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM 43650 Bangi Selangor
Email: uqbah@siswa.ukm.edu.my
NORDIN HUSSIN
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM 43650 Bangi Selangor
Email: nordin@ukm.my
AHMAD ALI SEMAN
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM 43650 Bangi Selangor
Email: aasw@ukm.my
* Corresponding Author
ABSTRAK
Kajian ini menganalisis sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan juga sifat ekonomi masyarakat Melayu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu era pra-kolonial. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara Malaysia. Objektif kajian adalah merungkai sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu, sifat ekonomi masyarakat Melayu era pra-kolonial, dan kesan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Semenanjung Tanah Melayu pada masa ini. Semenanjung Tanah Melayu menjadi fokus kajian kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu akan memfokus kepada kawasan Pantai Timur dan utara. Sementara kajian-kajian yang diterbitkan oleh sarjana Barat lebih memberi penekanan terhadap negeri-negeri di kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, majoriti masyarakat Melayu pada masa itu tertumpu di kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Tanah Melayu. Berbeza dengan hasil kajian sarjana Barat, kajian ini akan melihat sejarah perkembangan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu dari sudut perspektif dunia Melayu itu sendiri. Ia membolehkan penyiasatan yang mendalam terhadap sejauh mana struktur sosio-ekonomi orang Melayu berubah hasil perdagangan antarabangsa. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat tradisional tempatan dilihat mempunyai kehidupan sosio-ekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya berbentuk feudalisme serta terdiri daripada satu masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British.
Katakunci: Ekonomi, Masyarakat Melayu, Perdagangan Antarabangsa, Pra-kolonial, Semenanjung Tanah Melayu
ABSTRACT
This study analyzes the historical development of the Malay Peninsula economic as well as the economic nature of the Malay community in the East Coast and Northern Malay Peninsula pre-colonial era. The method used is based on the screening methods of the resources that are available in the library and the National Archives of Malaysia. The study objective are to dismantling the historical development of the Malay peninsula economic from the perspective of the Malay world, the economic nature of the Malay community pre-colonial era, and the impact of international trade on the Malay Peninsula economic at this time. The Malay Peninsula became the focus of the study because of its economy is the cord to the formation of the Malaysian economy. The historical development of the Malay Peninsula economic will focus on the East Coast and the North. While studies published by the Western scholar more emphasis on the states on the West Coast of the Malay Peninsula, the majority Malay community at that time concentrated in the East Coast and Northern Malay Peninsula. In contrast to the study of the Western scholar, the study will look at the historical development of the Malay Peninsula economic and Malay society economic nature from the perspective of the Malay world itself. It allows in-depth investigations to the extent to which socio-economic structure of the Malays changing as a result of international trade. Findings showed that local traditional society has their own socio-economic life, with the political structure in the form of feudalism and consists of one single society before the arrival of British colonialism.
Keywords: Economic, Malay Society, International Trade, Pre-colonial, Malay Peninsula
Populasi utama penduduk semasa zaman pra-kolonial Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada masyarakat Melayu1 yang menetap di sekitar kawasan pedalaman, dengan kelompok mereka yang lebih besar menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai.2 Golongan pribumi lain terdiri daripada kumpulan-kumpulan orang asli yang terlibat dalam aktiviti memburu, mengumpul dan pertanian pindah. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup yang mudah,3 berasaskan pada penanaman padi4 dan aktiviti perikanan.5 Tiada kegunaan lebihan pada tanah, sekiranya jumlah populasi berkembang maka lebih banyak tanah akan dibuka untuk penanaman padi. Sebelum abad ke-15, padi ditanam kering melalui kaedah ladang (pertanian pindah). Teknik penanaman padi basah telah diperkenalkan ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu dari Siam pada abad ke-15.6 Teknik ini merebak perlahan-lahan ke kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu dalam empat abad seterusnya.7
Penangkapan ikan biasanya dilakukan untuk tujuan sara diri bagi memenuhi keperluan ahli keluarga. Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan ikan maka aktivit pertukaran barangan akan dilakukan dengan penduduk yang menghasilkan barangan jenis lain seperti beras. Dengan ini masyarakat Melayu akan menukar ikan dengan beras dari kampung-kampung yang mengusahakan padi di kawasan pedalaman.8 Selain ikan, hasil laut yang turut diperolehi adalah mutiara dan agar-agar. Hasil ini akan dibuat perhiasan di rumah namun apabila keadaan terdesak, hasil tersebut akan ditukar dengan barangan lain berbentuk makanan dengan orang tengah.9 Untuk memperolehi sumber makanan yang berlebihan masyarakat Melayu telah menternak ayam, itik, menanam buah-buahan secara dusun seperti pisang, tebu, ubi kayu, kelapa dan pinang.10 Hal ini bertepatan dengan catatan China, di mana pada tahun 1419, telah ada orang Melayu yang menanam tebu, cempedak, pisang, labu, bawang, halia, tembikai dan lain-lain lagi. Di samping itu, semasa lawatan Abdullah Munsyi ke Kelantan beliau ada menyebut bahawa pada abad ke-15 masyarakat Kelantan telah mula menanam kelapa, pisang, keledek dan keladi.11
Aktiviti perlombongan bijih timah juga dilakukan pada masa ini. Pada awalnya kegiatan ini dilakukan oleh masyarakat Melayu secara kecil-kecilan sahaja. Hal ini telah menyebabkan hasil pengeluarannya sangat sedikit serta kawasan perlombongan emas yang diterokai juga adalah dalam jumlah yang terlalu kecil. Mereka melakukan aktiviti tersebut hanyalah untuk tujuan sara diri sahaja. Terdapat juga aktiviti memungut hasil hutan seperti akar kayu, kayu barus, rotan, kayu cendana, damar, lilin serta buah-buahan. Apabila hasil-hasil hutan ini berlebihan maka mereka akan menukarnya dengan orang lain bagi mendapatkan pakaian atau makanan seperti beras.12
Aktiviti penternakan juga turut dilakukan. Ia merupakan aktiviti sampingan selain aktiviti bersawah padi dan menangkap ikan. Di antara bintang ternakan ini seperti lembu dan kerbau. Ia digunakan untuk membantu urusan pekerjaan seperti membajak sawah serta menarik kayu. Aktiviti memburu juga turut dilakukan seperti memburu kancil, rusa, seladang dan ayam hutan.13 Masyarakat Melayu turut mengamalkan kerja-kerja kemahiran di antaranya seperti bertukang, menganyam, menghasilkan kraftangan, pelbagai jenis alat senjata dan membuat perahu. Antara alat senjata yang digunakan ialah keris, lembing, pedang, pisau dan kapak. Kemahiran bertenun juga diamalkan oleh golongan wanita Melayu di Terengganu. Manakala di Kelantan pula masyarakat Melayu terkenal dengan pengeluaran kain sarung, logam, ukiran kayu dan periuk belanga yang diperbuat daripada tanah.14
Perubahan paras laut pada zaman Plestosin yang berlaku lebih beribu-ribu tahun dahulu telah membawa perubahan dan perpecahan terhadap satu rumpun etnik dan budaya kepada unit budaya dan kelompok manusia yang lebih kecil.15 Perubahan ini telah membawa masyarakat Melayu menyesuaikan diri dengan alam persekitarannya, sehinggakan lahir satu kehidupan masyarakat Melayu yang mahir dalam ilmu pelayaran dan telah mewujudkan tamadun Melayu yang tertumpu di kawasan pesisiran. Hasil kemahiran dalam ilmu pelayaran ini telah menyebabkan berlakunya perpindahan idea dan hubungan perdagangan di kawasan Asia Tenggara, khususnya Kepulauan Melayu.16 Hubungan di antara negeri awal di Asia Tenggara dengan India juga mungkin lahir daripada kepantasan bangsa Melayu sebagai pedagang laut. Oleh kerana kapal-kapal China belum lagi berupaya mengharungi Laut India, maka kapal pedagang bangsa-bangsa di Asia Tenggara yang membawa mereka ke India di abad-abad sebelum abad keempat.17
Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia telah menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.18 Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan. Keadaan ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.19 Terdapat sumber maklumat China yang menyebut bahawa Yau-Chu-Li merupakan nama kepada Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan dengan India semenjak tahun 280 hingga 22 Masihi lagi.20 Mengikut catatan Sanksrit pula, kuil kecil Hindu juga telah dibina di Kataka,21 iaitu Kedah sekarang, lebih kurang pada abad pertama lagi. Berdasarkan sumber catatan itu juga, kerajaan Melayu telah berkembang di Selatan Segenting Kra.22
Keadaan Semenanjung Tanah Melayu yang strategik23 menjadikannya tempat pertemuan bagi pedagang dari India dan China untuk berdagang dan mengunjunginya.24 Kepentingan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pusat perhubungan di rantau Melayu adalah seperti berikut:
As a result of these geographical and climatic factors, the Malay Peninsular was drawn into world history and as early as the 6th century BC, Indian literature and Chinese annals spoke of the Peninsular as the land with water on the two sides.25
Ciri-ciri sebuah ladang orang Melayu pada masa ini terdiri daripada beberapa ekar kawasan padi dan sebuah rumah kecil yang menanam beberapa jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan rempah.26 Sebelum kedatangan British, setiap negeri atau wilayah di Semenanjung Tanah Melayu adalah diperintah bebas oleh sultan atau rajanya yang tersendiri.27 Ekonomi mereka bersifat feudal,28 iaitu berasaskan kepada aktiviti pertanian dan kraftangan, dengan rakyat sedia berkhidmat untuk pemerintah dan juga aktiviti percukaian
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 01.11.2014
ISBN: 978-3-7368-5243-3
Alle Rechte vorbehalten