DASAR EKONOMI JEPUN DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU
SEMASA PERANG DUNIA KEDUA
ABSTRAK
Kajian ini akan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu dalam mencapai keberkesanan konsep Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Ini kerana British sebelumnya telah menjalankan Dasar Bumi Hangus. Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh Tentera Bersekutu. Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun ke arah pemusatan kuasa dan perancangan ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Namun tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu runtuh. Dapat dilihat tiada peluang diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu dalam Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya kerana polisi asasnya adalah mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun dan koloni tetap bagi dieksploitasi oleh pendatang Jepun. Akibatnya tentera Jepun setelah menumbangkan kuasa-kuasa Barat yang bertapak terlebih dahulu, dengan kelakuan kejam mereka ini menyebabkan penduduk tempatan tidak mungkin menerima konsep Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Ini bererti menukarkan satu bentuk penjajahan dengan satu bentuk yang lain. Eksploitasi kejam penjajahan Jepun juga mengkhianati semua propaganda dan janji-janji manis mereka mengenai Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang bersifat anti kolonialisme Barat.
Kata kunci: Ekonomi, Jepun, Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya, Perang Dunia Kedua, Semenanjung Tanah Melayu
ABSTRACT
This study will analyze Japan’s economic policy in Malaya in order to achieve an effective concept of Greater East Asia Co-Prosperity Sphere. This study will focus on Malaya due to the formation of its economy as the backbone to the Malaysia’s economic development. During the Japanese occupation, the economic situation in Malaya is not growing. This is because the British had previously run the Scorched Earth Policy. The war scenario did not encourage any of Japanese investment in Malaya. Japan has not been able to undertake any trading activities, whether inside or outside Malaya as it’s been barred by the Allied Forces. Overall, Japan's tendencies towards centralization of power and the government's economic plan are for achieving the Greater East Asia Co-Prosperity Sphere. Malaya’s economy collapse due to the barriers in accessing overseas markets. It can be seen that there is no opportunity given to Malaya in the Greater East Asia Co-Prosperity Sphere as the policy is essentially to Malaya as a colony of Japan anda being exploited by Japanese immigrants. As a result the Japanese after overthrowing the Western powers that came first, with their cruel behavior causes the locals to reject the Greater East Asia Co-Prosperity Sphere. The locals saw this as changing one form of colonialism to a new one. Japan's colonial exploitation also betrays all propaganda and promises about the Greater East Asia Co-Prosperity Sphere that is anti-western colonialism.
PENGENALAN
Kajian ini akan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu dalam mencapai keberkesanan konsep Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Ini kerana British sebelumnya telah menjalankan Dasar Bumi Hangus.
Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh Tentera Bersekutu. Di luar
Verlag: BookRix GmbH & Co. KG
Tag der Veröffentlichung: 31.08.2014
ISBN: 978-3-7368-3587-0
Alle Rechte vorbehalten